Thursday, July 8, 2010

Ladang kelapa sawit di Merbok untuk dijual



Sebuah ladang kelapa sawit yang terletak di Merbok, Kedah hendak dijual oleh pemiliknya.

Ladang yang berkeluasan 128 relong (Kedah) terletak di kawasan yang sangat strategik untuk pembangunan. Terletak rapat dengan jalanraya utama, bersebelahan dengan taman perumahan, perkampungan dan pekan Merbok sendiri. Hanya 2 km dari UiTM dan MRSM dan 7 km dari AIMST University. Jika berkereta ke bandar terdekat, iaitu Sg Petani, ia mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja.

Permukaan tanah yang rata keseluruhannya. Status tanah adalah Freehold dan syarat tanah telah ditukarkan kepada syarat pertanian. Harga terus dari pemilik tanah ialah RM3.50 sekaki persegi. Jika ada pembeli yang berminat, saya boleh menghubungkannya terus kepada penjual.

Hubungi saya, zaihar di 016-4320133 atau email: zaiharm@lycos.com

Friday, June 4, 2010

Rebutlah detik yang ada ini


Tidak kira siapa pun anda, rebutlah peluang ini.
Pertamanya, muda sebelum tua.
Keduanya, sihat sebelum sakit.
Ketiganya, kaya sebelum miskin.
Keempatnya, lapang sebelum sibuk.
Dan kelima, hidup sebelum mati.
Renunglah barang sejenak, 5 peluang yang kita ada di atas dan ambillah kesempatan di waktu yang masih ada ini. Buatlah yang terbaik untuk diri kita, keluarga, bangsa dan agama.
Ini adalah maksud sebuah hadis Rasulullah s.a.w.

Wednesday, May 26, 2010

Bedaksejuk


Bedak sejuk, lekeh sangat bunyinya. Barangkali hanya orang kampung sahaja yang pakai bedak sejuk. Diletak di tapak tangan, ditambah sedikit air sejuk lalu digosok-gosok dengan tapak tangan yang sebelah lagi. Akhirnya ditampal-tampal di muka. Bertempek-tempek di seluruh muka. Makin terserlah putihnya apabila telah kering. Sebab itulah barangkali tidak ramai orang memakainya, malah kini anak-anak generasi baru kita ada yang tidak pernah mendengar namanya, bedak sejuk.

Bedak sejuk sebenarnya banyak kegunaannya. Dahulu kala, orang kita memakainya kerana ia yang paling murah, bahkan boleh dibuat sendiri di rumah dari lebihan beras pulut. Direndam di dalam air sejuk dan dibiarkan sekian lama sehinggakan beras pulut tadi hancur menjadi seakan tepung dan sudah tentu keluar bau masamnya. Kemudian digunakan corong yang dibuat dari daun pisang, dititik-titik di atas kain batik. apabila kering terhasillah bedak sejuk. Untuk menghilangkan bau masamnya atau untuk mewangikannya, ia dicampurkan hirisan daun pandan dan disimpan di dalam botol.

Bedak sejuk yang semakin dilupakan, sememangnya terasa sejuk apabila ditampalkan dimuka. Menghilangkan jerawat dan melicinkan pipi. Ada juga bedak sejuk yang dipercayai dapat merawat resdung atau kegatalan rasa di kulit badan. Kreatifnya orang kita.